loader image
Tunas Muda Loading....................
koperasi-tunasmuda
Berita Peristiwa

Galeri Foto Peristiwa 2024

Aktiviti dan Peristiwa Sepanjang Tahun 2024

 

Majlis Perasmian Outlet Dobi Cleanpro Ibu Sayang

Majlis perasmian telah diadakan pada 20 Disember 2024 yang lalu. Outlet dobi tersebut dimiliki oleh anak syarikat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) iaitu Tunas Harta Sdn. Bhd.

Anugerah Majikan Terbaik 2024 KWSP Pulau Pinang

Penyampaian anugerah Majikan Terbaik 2024 KWSP Pulau Pinang Kategori 5 itu telah diterima oleh Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil

Majlis Serahan Zakat Korporat dan Apresiasi Majikan Skim Sakinah Zakat Pulau Pinang MAINPP 2024

Pegawai KTMSAB telah menyerahkan Zakat Perniagaan KTMSAB & Subsidiari kepada Lembaga Zakat Negeri Pulau Pinang bagi tahun kewangan 2023.

Kunjungan Hormat Ke Atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah melakukan kunjungan hormat oleh ke atas TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak pada 12 Disember 2024.

ICA Global Cooperative Conference 2024

KTMSAB diwakili oleh Tuan Bendahari, Encik Mohd Nagib bin Ahmad dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Suhaidi bin Abdullah telah menghadiri ICA Global Cooperative Conference 2024 di New Delhi, India.

Seminar Pendidikan Anggota 2024

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Seminar Pendidikan Anggota pada 24 November 2024 yang lalu.

Lawatan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU)

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menerima kunjungan mesra dari Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) pada 15 November 2024 yang lalu.

Taklimat Jenayah Scammer

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Taklimat Jenayah Scammer pada 26 Oktober 2024 yang lalu.

Majlis persaraan Tuan Haji Rozali bin Baharudin, Ketua Pegawai Operasi KTMSAB

Majlis persaraan Tuan Haji Rozali bin Baharudin iaitu Ketua Pegawai Operasi KTMSAB telah diadakan pada 10 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Pejabat KTMSAB.

Diskusi Undang-Undang

Taklimat dan diskusi perundangan telah diadakan pada 17 Julai 2024 yang lalu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Malek bin Che Zabri, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Perjumpaan Pengerusi bersama Jawatankuasa Kecil Koperasi sesi 2024/2025

Satu sesi perjumpaan Pengerusi bersama semua Jawatankuasa Kecil yang telah dilantik telah diadakan pada 15 Julai 2024 yang lalu.

Penerimaan Geran Bantuan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menerima Geran Bantuan Pembangunan bernilai RM300,000.00 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Baca selanjutnya.

Mesyuarat Agung Tahunan KTMSAB Ke-51

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kali Ke-51 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2024 yang lalu. Baca selanjutnya.

Seminar Pendidikan Anggota 2024

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Seminar Pendidikan Anggota pada 19 Mei 2024 yang lalu. Baca Selanjutnya.

Karnival dan Saringan Kesihatan kepada Anggota

Karnival dan saringan kesihatan kepada anggota yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah diadakan pada 9 Mac 2024. Baca Selanjutnya.

Galeri Foto Peristiwa 2023

Aktiviti dan Peristiwa Sepanjang Tahun 2023

Sumbangan Zakat kepada Asnaf

Sumbangan Zakat kepada Asnaf yang layak telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada Tuan Pengerusi, Tuan Setiausaha dan Tuan Bbendahari di kawasan sekitar perniagaan koperasi.

Sumbangan Zakat

Sumbangan Zakat kepada Anggota koperasi yang uzur.

Taklimat Pengurusan Kewangan

Program Taklimat Pengurusan Kewangan Sesi Kedua telah diadakan pada 20 Mei 2023, bertempat di Bilik Seminar, KTMSAB.

Galeri Foto Peristiwa 2022

Aktiviti dan Peristiwa Sepanjang Tahun 2022

Bantuan Kemanusiaan

Misi Bantuan Kemanusiaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad

100 Koperasi Terbaik di Malaysia sempena Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) telah menerima Anugerah Tempat Ke-8 daripada 100 Koperasi Terbaik di Malaysia sempena Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi.

Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak Petronas

Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak Petronas dan Hari Penghargaan

Galeri Foto Peristiwa 2021

Aktiviti dan Peristiwa sepanjang tahun 2021

Sumbangan Zakat Perniagaan

Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad disampaikan oleh Setiausaha KTMSAB, Encik Rameli bin Budin

Sumbangan Covid-19

Majlis Sumbangan Covid oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad

Serahan Bubur Lambuk

Majlis penyerahan bubur lambuk kepada pelanggan-pelanggan Stesen Minyak Petronas milik Koperasi Tuans Muda Sungai Ara Berhad

Galeri Foto Peristiwa 2020

Aktiviti dan Peristiwa Sepanjang Tahun 2020

Mengekalkan Taraf 3 Bintang Pensijilan 5S

Pada 17 September 2020, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad berjaya mengekalkan penarafan 3 bintang dalam pensijilan 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC). Semoga ianya akan meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

Majlis persaraan Dato’ Haji Mazlun bin Mustaffa, Ketua Pegawai Operasi KTMSAB

Majlis persaraan Dato’ Haji Mazlun bin Mustaffa iaitu Ketua Pegawai Operasi KTMSAB telah diadakan pada 20 Oktober 2020 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Pejabat KTMSAB.

Daftarkan e-mel anda untuk menerima risalah terkini.
Pejabat
Copyright © 2025, All rights reserved Koperasi TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Tarikh di kemaskini :
7 February 2025
Malay
English