loader image
Tunas Muda Loading....................
koperasi-tunasmuda
Latar Belakang

Disini Bermula Segalanya

TITIAN PERJUANGAN

Koperasi ini telah diasaskan pada tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara dan kerjasama seorang Pegawai Koperatif Melayu (Malay Co-operative Officer) Encik Jaafar bin Haji Abd. Majid. Hanya pada 31 Disember 1966 Koperasi ini didaftarkan di bawah Undang-Undang Syarikat Bekerjasama 33/1948.

Bilangan Pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara dengan Tanggongan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 30 September 1980.

Sejarah dan perjuangan dalam menjayakan koperasi ini, baik sebelum mahupun selepas penubuhannya telah melalui pelbagai cabaran. Banyak sumbangan dan pengorbanan dari individu serta pihak-pihak tertentu turut menyokong usaha ini.

Antara lain, tujuan utama pada masa penubuhan Koperasi ini adalah untuk mempertahankan tempat tinggal dan mencegah penduduk-penduduk yang mendiami tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas, Pulau Pinang dari diusir.

Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan estate duty pemiliknya iaitu Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.

PEMILIK TANAH TERDAHULU

N.T.S. Arumugam Pillai telah membeli sebahagian besar tanah-tanah tersebut. Penduduk-penduduk yang mendiami tanah tersebut yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang Melayu golongan miskin semakin terancam dan berkemungkinan diusir keluar oleh pemilik baru apabila tanah-tanah tersebut dikehendaki bagi tujuan tertentu seperti pembangunan perumahan dan sebagainya.

Kebanyakan penduduk-penduduk menumpang tinggal dan mencari nafkah di atas tanah-tanah tersebut sebagai penoreh getah, buruh kasar, pesawah, penanam sayur, penternak dan sebagainya yang berpendapatan rendah dan tidak tetap yang mana purata pendapatan mereka kurang dari RM200.00 sebulan. Mereka inilah kebanyakannya yang menjadi ahli Koperasi ini.

SOKONGAN & USAHA PEMBELIAN

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain dengan harga RM2,156,000.00 melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 daripada Kerajaan Pusat dan RM1,100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bakinya sejumlah RM56,000.00 perlu disediakan oleh Koperasi sendiri dalam tempoh masa dua (2) minggu.

Lembaga Pengarah dan ahli-ahli terpaksa bertungkus lumus untuk mencari wang sebanyak itu. Usaha ini sangat rumit kerana kebanyakkan anggota terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Sesetengahnya pula kurang berkeyakinan dengan cara berkoperasi yang menyebabkan kesukaran untuk mendapat anggota serta sumbangan daripada penduduk-penduduk.

Koperasi bersyukur kerana dapat mencukupkan bayaran berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

PERMULAAN YANG BARU

Pada 14 Disember 1972 suatu perjanjian jualbeli telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Koperasi sebanyak 260 ekar dan Koperasi memperoleh wang tunai sebanyak RM806,000.00 melalui penjualan tersebut. Pada masa tersebut, baki tanah yang dimilik oleh Koperasi adalah sebanyak 747 ekar.

Ringkasan Sejarah Koperasi

Ringkasan Sejarah koperasi boleh ditonton di video berikut.

Daftarkan e-mel anda untuk menerima risalah terkini.
Latar Belakang
Pejabat
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English
var Tawk_API=Tawk_API||{}, Tawk_LoadStart=new Date(); (function(){ var s1=document.createElement(“script”),s0=document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s1.async=true; s1.src=’https://embed.tawk.to/63fdc5854247f20fefe310ff/1gqbkn4nu’; s1.charset=’UTF-8′; s1.setAttribute(‘crossorigin’,’*’); s0.parentNode.insertBefore(s1,s0); })();