PEMBELIAN TANAH

RUNDINGAN BERJAYA

Koperasi telah mengadakan perundingan dengan N.T.S Arumugam Pillai dan berjaya membeli sebahagian daripada tanah-tanah tersebut seluas 1,007 ekar dengan harga RM2,156,000.00 hasil daripada sokongan kuat UMNO Bahagian Balik Pulau dan orang-orang perseorangan.

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 daripada Kerajaan Pusat dan RM1,100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bakinya sejumlah RM56,000.00 terpaksa disediakan oleh Koperasi sendiri dalam masa dua (2) minggu.

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah dan ahli-ahli terpaksa bertungkus lumus untuk mencari wang untuk mecukupkan jumlah tersebut. Usaha ini sangat rumit kerana kebanyakkan ahli terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Sesetengahnya pula kurang berkeyakinan dengan cara berkoperasi yang menyebabkan kesukaran untuk mendapat ahli serta sumbangan daripada penduduk-penduduk. Koperasi bersyukur kerana dapat mencukupkan bayaran tersebut akhirnya.

LEMBAGA PENGARAH

Let's Build Something Great Together!

Contact us today, and let the journey to your dream construction project begin!