loader image
TunasMuda Loading....................
LOGOWORDSwhite
TunasMuda
Selesai Hutang

Selesai Hutang

YAB Encik Ghaffar Baba yang pada masa itu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar

TunasMuda

SELESAI HUTANG

YAB Encik Ghaffar Baba yang pada masa itu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar memainkan peranan penting dalam perundingan di antara Koperasi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih kawasan Sungai Nibong hingga ke Bayan Lepas untuk dirancang pembangunan kawasan perindustrian dan bandar baru telah merubah segala-galanya.

Nilai-nilai tanah di kawasan ini turut meningkat dengan wujudnya perancangan di atas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berminat untuk membeli tanah daripada Koperasi.

TunasMuda

Perjanjian jualbeli

Pada 14 Disember 1972 satu perjanjian jualbeli telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Koperasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli tanah daripada Koperasi seluas 260 ekar.

Segala hutang Koperasi yang terdapat pada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikira langsai dan Koperasi juga telah diberi wang tunai sebanyak RM 806,000.00 hasil daripada urusniaga berkenaan. Dengan penjualan di atas Koperasi masih memiliki tanah seluas 747 ekar sahaja dan jumlah ahli tetapnya ialah 1,334 orang terdiri daripada :

Melayu : 71.41%
Cina : 25.97%
India : 2.62%
Jumlah : 100%

Daftarkan Emel anda untuk menerima risalah terkini.
RISALAH
Koperasi
PEJABAT
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English