TAKLIMAT FARAID
Taklimat Faraid telah diadakan di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 2 Disember 2023. Penceramah jemputan yang diundang adalah Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyadin dan juga Pegawai SKM. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil
MAJLIS BAYARAN ZAKAT KORPORAT
Sekitar Majlis Bayaran Zakat Korporat yang telah disempurnakan oleh Dato’Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang . Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad turut menjayakan majlis tersebut . Majlis telah berlangsung pada 1 Disember 2023 (Isnin) bertempat di Jen Hotel, Georgetown, Pulau Pinang
PERKONGSIAN PENGALAMAN HARTANAH
Sekitar gambar Lawatan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) SABAH berkaitan Perkongsian Pengalaman Hartanah ke Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang telah diadakan pada 30 November 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar Tingkat 3, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
SEMINAR PENDIDIKAN ANGGOTA 2023
Seminar Pendidikan Anggota kali ke 15 telah diadakan di Bilik Seminar KTMSAB pada 18 November 2023. Program ini merupakan anjuran bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Zon Utara. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil
MAJLIS PELUNCURAN DASAR KOPERASI MALAYSIA 2030
Majlis Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi pada 12 Oktober 2023 (Khamis), di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Malaysia 2023 di kedudukan no. 6
MAJLIS SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2023 (KIBARKAN JALUR GEMILANG)
Majlis Semarak Bulan Kemerdekaan pada 18 Ogos 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama YB Azrul Mahathir, Adun Bayan Lepas. Turut disertai oleh YB Fahmi Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi.
SAMBUTAN BULAN KECEMERLANGAN KOPERASI
Sambutan Bulan Kecemerlangan Koperasi telah di adakan di Hotel Le Mederian pada 30 Julai 2023. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Panglima Zahid Hamidi. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah berjaya menerima Anugerah Sektor Pembangunan Hartanah & Industri Pembinaan 2023.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA WAKIL MASJID, SURAU DAN SEKOLAH
Sumbangan Zakat Perniagaan kepada wakil Masjid, Surau dan Sekolah yang telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari . Majlis telah diadakan pada 12 April 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.
PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG UZUR
Sumbangan Zakat kepada Anggota koperasi yang uzur telah di sampaikan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di rumah Anggota yang terlibat. Sumbangan telah di sampaikan pada 2 Februari 2023.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA WAKIL DAN ASNAF
Sumbangan Zakat kepada Asnaf yang layak telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di kawasan sekitar perniagaan koperasi. Majlis telah diadakan pada 30 Januari 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.