loader image
TunasMuda Loading....................
LOGOWORDSwhite
Galeri Media 2022

DISEMBER 2022

Lawatan ke Hotel Tunas Resort, Teluk Kemang pada 20 Dis 2022 yang terdiri daripada ALK, JKK Kawalan dan staf pengurusan dapat melahirkan kolaborasi, kombinasi, kerjasama dan kesatuan yang dapat menzahirkan kejayaan berterusan serta terus melangkah ke arah masa depan yang terjamin untuk koperasi.

NOVEMBER 2022

Taklimat Pengurusan Kewangan yang telah diadakan pada 26 November 2022 , di Dewan Sekolah Agama Sungai Ara. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai AKPK, Encik Cheong Puck Kin.
Seramai 122 orang Anggota telah menghadiri taklimat ini.

NOVEMBER 2022

Seminar Pendidikan Anggota Baru yang telah diadakan pada 5 November 2022 , di Bilik Seminar KTMSAB. Turut bersama menghadiri program ini Tuan Setiausaha Encik Abdul Rahim bin Zakaria. Dua Pegawai IKMa, Zon Utara telah dijemput sebagai penceramah pada program tersebut. Tahniah kepada Anggota yang telah berjaya menamatkan program dan telah menjadi sebahagian daripada Keluarga Besar Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

Anggota turut mengambil bahagian dalam sesi menjawab kuiz.

OKTOBER 2022

Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak Petronas dan Hari Penghargaan Pelanggan pada 31 Oktober 2022, dihadiri 3 Pegawai KTMSAB, iaitu Tuan Hj. Suhaimi bin Abdul Jalil (Pengerusi), Encik Abdul Rahim bin Zakaria (Setiausaha) dan Tuan Bendahari Encik Mohd. Nagib bin Ahmad. Turut bersama Ketua Pegawai Operasi Tn. Hj. Rozali bin Baharudin dan Encik Suhaidi bin Abdullah selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan serta En. Khairul Naim bin Khalid selaku Pengurus Stesen Petronas. Manakala dari pihak Petronas Pengurus Besar Wilayah Utara, En. Shafiq, Pengurus Kawasan, Ms Chok dan Pengurus Kawasan (Kedai Mesra), Puan Farzana.

JULAI 2022

Misi Bantuan Kemanusiaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Di Pekan Kupang Dan Kampung Iboi Kupang Baling, Kedah Darul Aman Pada 9 Julai 2022. Turut bersama team misi bantuan , Tuan Setiausaha Encik Abdul Rahim bin Zakaria dan Tuan Bendahari Encik Mohd. Nagib bin Ahmad.

APRIL 2022

Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Di sampaikan Oleh Pengerusi Tn Hj Ustaz Suhaimi Jalil, Setiausaha Tn Rameli Budin, Bendahari Tn Hj Manap Md Diah Dan Barisan Lembaga Kepada Golongan Asnaf Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Pulau Pinang Pada 25 April 2022

FEBRUARI 2022

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) telah menerima Anugerah Tempat Ke 8 daripada 100 Koperasi Terbaik di Malaysia sempena Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Daftarkan Emel anda untuk menerima risalah terkini.
RISALAH
PEJABAT
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English