loader image
TunasMuda Loading....................
LOGOWORDSwhite
Galeri Media 2021

DISEMBER 2021

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) telah memperolehi anugerah Koperasi Perolehan Tertinggi Negeri Pulau Pinang 2020. Encik Abdul Rahim Bin Zakaria yang mewakili pihak anggota lembaga KTMSAB menerima angerah tersebut daripada YB Dato’ Ir Ahmad Zakiyudin Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi Dan Pemerkasaan Komuniti bertarikh 6 Disember 2021 di The Light Hotel Seberang Jaya. Semoga KTMSAB sukses selalu di dalam apa jua bidang yang diceburi.

JULAI 2021

Majlis Sumbangan Covid oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Disampaikan Oleh Tuan Haji Rozali Bin Baharudin (Ketua Pegawai Operasi) kepada wakil Kampung Baru, Kampung Masjid dan Flat Sri Merpati Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Pulau Pinang Pada 02 Julai 2021.

APRIL 2021

Majlis berlangsung serahan bubur lambuk kepada pelanggan-pelanggan Stesen Minyak Petronas Jalan Dato Ismail Hashim (milik koperasi) oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 16 April 2021 jam 4 petang. Majlis tersebut dimeriahkan bersama-sama Pegawai Koperasi, Ahli Lembaga Pengarah, staff koperasi.

TunasMuda

JULAI 2021

Video sumbangan Covid oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kepada penduduk kawasan Sungai Ara.

Moga-moga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan mereka.

Daftarkan Emel anda untuk menerima risalah terkini.
RISALAH
PEJABAT
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English