Langkau ke kandungan utama

Sejarah

Latar Belakang

Di Sini Bermula Segalanya

Titian Perjuangan

Tatal
Gambar bersejarah penubuhan koperasi
Komuniti Sungai Ara
Tanah dan komuniti Sungai Ara
Sokongan kerajaan dalam pembelian tanah
Permulaan baharu selepas 1972

Titian Perjuangan

Koperasi ini telah diasaskan pada tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara dan kerjasama seorang Pegawai Koperatif Melayu (Malay Co-operative Officer) Encik Jaafar bin Haji Abd. Majid. Hanya pada 31 Disember 1966 Koperasi ini didaftarkan di bawah Undang-Undang Syarikat Bekerjasama 33/1948.

Bilangan Pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara dengan Tanggongan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 30 September 1980.

Sejarah dan perjuangan dalam menjayakan koperasi ini, baik sebelum mahupun selepas penubuhannya telah melalui pelbagai cabaran. Banyak sumbangan dan pengorbanan dari individu serta pihak-pihak tertentu turut menyokong usaha ini.

01 / 05

Teruskan

Ringkasan Sejarah

Ringkasan Sejarah koperasi boleh ditonton di video berikut.