Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera dan selamat datang ke laman web rasmi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas penghormatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam laman web ini.
Sebagai sebuah Koperasi, interaksi di antara pengurusan dengan anggota perlu dipertingkatkan. Kami berkomitmen untuk terus memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, dengan harapan dapat memberi impak positif kepada anggota khususnya dan masyarakat setempat amnya. Setiap langkah yang diambil adalah untuk mencapai kecemerlangan yang bermakna buat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
Saya juga amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sudah lebih 50 tahun Koperasi ini di tubuhkan. Apa yang kita nikmati sekarang adalah hasil suka, duka, onak dan duri telah diharungi oleh generasi terdahulu. Selama kewujudan Koperasi ini tentunya kejayaan yang diperolehi bukan setakat kemegahan tetapi perlu disusuli dengan peningkatan faedah-faedah kepada anggota Koperasi.
Oleh itu saya amat berharap laman web ini sedikit sebanyak dapat memberi kemudahan kepada anggota koperasi dan akan memberi faedah dan pendedahan kepada anggota tentang perkembangan semasa melalui aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi.
Sekian, terima kasih.