Langkau ke kandungan utama

Tentang Kami

Dalam Dilema

Bab Seterusnya

Perjuangan Di Saat Genting

Selepas perundingan pembelian tanah, koperasi menghadapi cabaran terbesar: mengumpul baki bayaran dalam masa dua minggu - dengan sokongan kerajaan dan usaha gigih anggota.

  • 1,007 Ekar Tanah
  • RM 2.16J Harga Pembelian
  • RM 56K Baki Koperasi
  • 2 Minggu Tempoh Sasaran
Tanah dan komuniti Sungai Ara
Perundingan

Pembelian Sebahagian Tanah

Koperasi telah mengadakan perundingan dengan N.T.S Arumugam Pillai dan berjaya membeli sebahagian daripada tanah-tanah tersebut iaitu seluas 1,007 ekar dengan harga RM2,156,000.00.

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain
Sokongan Kerajaan

Pinjaman Kerajaan Pusat & Negeri

Sokongan yang kuat diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 daripada Kerajaan Pusat dan RM1,100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bakinya sejumlah RM56,000.00 perlu disediakan oleh Koperasi sendiri dalam tempoh masa dua (2) minggu.

Dilema

Mengumpul RM56,000 Dalam Dua Minggu

Lembaga Pengarah dan ahli-ahli terpaksa bertungkus lumus untuk mencari wang sebanyak itu. Usaha ini sangat rumit kerana kebanyakkan anggota terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Sesetengahnya pula kurang berkeyakinan dengan cara berkoperasi yang menyebabkan kesukaran untuk mendapat anggota serta sumbangan daripada penduduk-penduduk.

Penutup

Bayaran Tercapai Tepat Pada Masanya

Koperasi bersyukur kerana dapat mencukupkan bayaran berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan - bukti komitmen anggota dan kepimpinan Lembaga Pengarah pada saat genting.