Perundingan dengan N.T.S Arumugam Pillai
Koperasi telah mengadakan perundingan dengan N.T.S Arumugam Pillai dan berjaya membeli sebahagian daripada tanah-tanah tersebut seluas 1,007 ekar dengan harga RM2,156,000.00 hasil daripada sokongan kuat UMNO Bahagian Balik Pulau dan orang-orang perseorangan.
Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 daripada Kerajaan Pusat dan RM1,100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bakinya sejumlah RM56,000.00 terpaksa disediakan oleh Koperasi sendiri dalam masa dua (2) minggu.