Peranan YAB Ghafar bin Baba
YAB Encik Ghafar bin Baba yang ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah memainkan peranan penting dalam perundingan antara Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memilih kawasan Sungai Nibong sehingga Bayan Lepas untuk dirancang pembangunan sebagai kawasan perindustrian dan bandar baru telah merubah segala-galanya.
Nilai-nilai tanah di kawasan ini turut meningkat dengan wujud perancangan di atas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berminat untuk membeli tanah-tanah tersebut daripada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.