loader image
Tunas Muda Loading....................
koperasi-tunasmuda
Galeri Media 2024

DISEMBER 2024

Anugerah Majikan Terbaik 2024 KWSP Pulau Pinang

Penyampaian anugerah “Majikan Terbaik 2024 KWSP Pulau Pinang” Kategori 5 telah diterima oleh Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah KWSP Wilayah Utara, Jeffary Mohamed Isa. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Chow Kon Yeow. KTMSAB telah dipilih bagi menerima anugerah tersebut di atas komitmen melaksanakan tanggungjawab membayar KWSP para pekerja dengan teratur pada setiap bulan. Tahniah diucapkan kepada pihak Pengurusan dan semua kakitangan yang menyumbang kepada penerimaan anugerah ini.

Kunjungan Hormat Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak pada 12 Disember 2024 yang lalu.

Kunjungan tersebut yang telah diwakili oleh Tuan Pengerusi, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, Tuan Setiausaha, Encik Zulkefle bin Ahmad dan Tuan Bendahari, Encik Mohd Nagib bin Ahmad serta Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Annas bin Mohd Nasser.

NOVEMBER 2024

ICA Global Cooperative Conference 2024

Persidangan anjuran International Cooperative Alliance AISBL ini telah dihadiri oleh wakil Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad iaitu Tuan Bendahari, Encik Mohd Nagib bin Ahmad dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Suhaidi bin Abdullah. Persidangan tersebut yang telah berlangsung di New Delhi, India pada 25 hingga 30 November 2024.

Dengan membawa tema Cooperative Build Prosperity for All telah menjadi suatu platform antarabangsa yang penting untuk berbincang mengenai masa depan koperasi, inovasi dalam sektor ekonomi dan membina jaringan yang lebih kukuh.

SEMINAR PENDIDIKAN ANGGOTA 2024

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Seminar Pendidikan Anggota pada 24 November 2024 yang lalu. Seminar tersebut yang bertempat di Bilik Seminar Tingkat 3, Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kecil dan anggota-anggota koperasi. Penceramah yang diundang adalah dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada anggota-anggota berkenaan tata urus koperasi, peranan dan tanggungjawab sebagai anggota koperasi. Diharap ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota yang telah hadir.

LAWATAN KOPERASI WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU BERHAD (KOGURU)

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menerima kunjungan mesra dari Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) pada 15 November 2024 yang lalu. Kehadiran delegasi dari KOGURU yang diwakili oleh 10 orang pegawai dan kakitangan telah diraikan oleh pengurusan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad berharap kunjungan ini dapat memberikan percambahan idea, memperkukuh hubungan antara koperasi dan memberi pendedahan mengenai proses atau inisiatif yang dilaksanakan oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

OKTOBER 2024

TAKLIMAT JENAYAH SCAMMER

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Taklimat Jenayah Scammer pada 26 Oktober 2024 yang lalu. Taklimat tersebut telah berlangsung di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah dan turut dihadiri oleh Pegawai Koperasi, Ahli Lembaga Pengarah dan juga anggota-anggota koperasi. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan ASP Mohd Rizal bin Abd. Rashid (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Polis, Daerah Barat Daya) dan Tuan Haji Ezzar bin Mohd Kamal KB.PA, Pensyarah Unit Psikologi & Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Diharap ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota.

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI ROZALI BIN BAHARUDIN, KETUA PEGAWAI OPERASI KTMSAB

Majlis persaraan Tuan Haji Rozali bin Baharudin iaitu Ketua Pegawai Operasi KTMSAB telah diadakan pada 10 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Pejabat KTMSAB. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Koperasi, barisan ALK dan Juruaudit Dalaman. Pihak pengurusan KTMSAB mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah ditaburkan dan juga mendoakan kejayaan dalam kehidupan selepas persaraan. Video persaraan https://youtu.be/qYim8QI-zEA

JULAI 2024

DISKUSI UNDANG-UNDANG

Taklimat dan diskusi perundangan telah diadakan pada 17 Julai 2024 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Malek bin Che Zabri, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Diskusi tersebut adalah bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam berkenaan akta-akta dan undang-undang berkaitan Koperasi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan lembaga pengarah, juruaudit dalaman dan staf-staf koperasi.

PERJUMPAAN PENGERUSI BERSAMA JAWATANKUASA KECIL SESI 2024/2025

Satu sesi perjumpaan Pengerusi bersama semua Jawatankuasa Kecil yang telah dilantik telah diadakan pada 15 Julai 2024 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

PENERIMAAN GERAN PEMBANGUNAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menerima Geran Bantuan Pembangunan bernilai RM300,000.00 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Majlis penyerahan telah diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) bertempat di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.

JUN 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KTMSAB KE-51

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kali Ke-51 telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jun 2024 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Mutiara, Raia Inn, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.

MEI 2024

SEMINAR PENDIDIKAN ANGGOTA 2024

Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Seminar Pendidikan Anggota pada 19 Mei 2024 yang lalu. Seminar tersebut yang bertempat di Bilik Seminar Tingkat 3, Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan telah dihadiri oleh anggota-anggota koperasi. Penceramah yang diundang adalah dari Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Diharap ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota.

MAC 2024

KARNIVAL DAN SARINGAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA ANGGOTA

Karnival dan saringan kesihatan kepada anggota yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah diadakan pada 9 Mac 2024 bertempat di Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Solok Rajawali 8, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Karnival ini telah dijayakan dengan kerjasama dari SuperBig Capital Berhad iaitu sebuah syarikat farmaseutikal.

Daftarkan e-mel anda untuk menerima risalah terkini.
Pejabat
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English
var Tawk_API=Tawk_API||{}, Tawk_LoadStart=new Date(); (function(){ var s1=document.createElement(“script”),s0=document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s1.async=true; s1.src=’https://embed.tawk.to/63fdc5854247f20fefe310ff/1gqbkn4nu’; s1.charset=’UTF-8′; s1.setAttribute(‘crossorigin’,’*’); s0.parentNode.insertBefore(s1,s0); })();