TAKLIMAT FARAID
Taklimat Faraid telah diadakan di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 2 Disember 2023. Penceramah jemputan yang diundang adalah Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyadin dan juga Pegawai SKM. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil
MAJLIS BAYARAN ZAKAT KORPORAT
Sekitar Majlis Bayaran Zakat Korporat yang telah disempurnakan oleh Dato’Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang . Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad turut menjayakan majlis tersebut . Majlis telah berlangsung pada 1 Disember 2023 (Isnin) bertempat di Jen Hotel, Georgetown, Pulau Pinang
PERKONGSIAN PENGALAMAN HARTANAH
Sekitar gambar Lawatan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) SABAH berkaitan Perkongsian Pengalaman Hartanah ke Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang telah diadakan pada 30 November 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar Tingkat 3, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
SEMINAR PENDIDIKAN ANGGOTA 2023
Seminar Pendidikan Anggota kali ke 15 telah diadakan di Bilik Seminar KTMSAB pada 18 November 2023. Program ini merupakan anjuran bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Zon Utara. Program telah dirasmikan oleh Tuan Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil
LAWATAN PENANDA ARAS
Lawatan penanda aras di Sky World Development yang telah diadakan pada 9 November 2023
PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN
Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Anggota Dato’ Abdul Razak bin Hussain bekas Pengarah Urusan Uda Holding Berhad dan Sr. Haji Ishak Ismail, Pengarah Urusan IM Global yang telah diadakan pada 8 November 2023
LAWATAN PENANDA ARAS
Lawatan penanda aras di Sj Global Architecture Surbana Jurong Private Ltd Singapura (Buangkok Atrina/Tivella/Espella, Yishun Eastlink I & II, Punggol Town (Town Square & Town Hub) yang telah diadakan pada 7 November 2023
MAJLIS PELUNCURAN DASAR KOPERASI MALAYSIA 2030
Majlis Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi pada 12 Oktober 2023 (Khamis), di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Malaysia 2023 di kedudukan no. 6
LAWATAN KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
Lawatan Koperasi KOPERKASA Sarawak Berhad berkaitan Perkongsian Pengalaman Hartanah ke Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang telah diadakan pada 06 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat di Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad
KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN ANGKASA
Kunjungan hormat Yayasan Angkasa berkaitan Pembiayaan Pendidikan pada 22 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat , tingkat 3.
PERJUMPAAN BERSAMA TUAN HAJI SUHAIMI BIN ABDUL JALIL, PENGERUSI KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
Perjumpaan Pengerusi KTMSAB bersama dengan Lembaga Anak Syarikat, Jawatankuasa Kecil, Juruaudit Dalaman sesi baru 2023/2024 pada 20 September 2023, di Bilik Seminar KTMSAB
MAJLIS SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN 2023 (KIBARKAN JALUR GEMILANG)
Majlis Semarak Bulan Kemerdekaan pada 18 Ogos 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama YB Azrul Mahathir, Adun Bayan Lepas. Turut disertai oleh YB Fahmi Zainol, Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Pembangunan Koperasi.
MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH MAMPU MILIK KEPADA KELUARGA ANGGOTA KOPERASI
Majlis penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi pada 3 Ogos 2023, di Bilik Seminar , Pejabat KTMSAB.
SAMBUTAN BULAN KECEMERLANGAN KOPERASI
Sambutan Bulan Kecemerlangan Koperasi telah di adakan di Hotel Le Mederian pada 30 Julai 2023. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Panglima Zahid Hamidi. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah berjaya menerima Anugerah Sektor Pembangunan Hartanah & Industri Pembinaan 2023.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 50
Sekitar gambar Mesyuarat Agung Tahunan ke 50 Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang telah berlangsung pada 23 Julai 2023 (Ahad) bertempat di Dewan Raia Inn, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN
Program Taklimat Pengurusan Kewangan Sesi Kedua telah diadakan pada 20 Mei 2023, bertempat di Bilik Seminar, KTMSAB. Koperasi telah menjemput Pegawai Penasihat, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA ASNAF
Sumbangan Zakat Perniagaan kepada asnaf yang telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari . Majlis telah diadakan pada 13 April 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA WAKIL MASJID, SURAU DAN SEKOLAH
Sumbangan Zakat Perniagaan kepada wakil Masjid, Surau dan Sekolah yang telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari . Majlis telah diadakan pada 12 April 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.
PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG UZUR
Sumbangan Zakat kepada Anggota koperasi yang uzur telah di sampaikan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di rumah Anggota yang terlibat. Sumbangan telah di sampaikan pada 2 Februari 2023.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA WAKIL DAN ASNAF
Sumbangan Zakat kepada Asnaf yang layak telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di kawasan sekitar perniagaan koperasi. Majlis telah diadakan pada 30 Januari 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.