loader image
Tunas Muda Loading....................
koperasi-tunasmuda
Galeri Media 2025

Mei 2025

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad(KTMSAB) telah mengadakan Kursus Wajib Anggota Baharu 2025 pada Ahad, 18 Mei 2025. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, barisan pengurusan koperasi, serta Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Utara, Puan Hajah Yusnita binti Othman.

Mei 2025

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Majlis Jamuan Ramah Mesra Bersama Anggota pada Sabtu, 17 Mei 2025 bertempat di Raia In Penang. Turut hadir Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan KTMSAB.

Mei 2025

Menerima kunjungan hormat dari Kem Sungai Ara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohamad Aziz Bin Ahmad Azhar pada 15 Mei 2025 dan turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB), Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan KTMSAB.

Mei 2025

Majlis perasmian Klinik Kesihatan Relau telah diadakan pada 2 Mei 2025 dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan.

April 2025

Majlis pertemuan dengan Dato Bandar pada 25 April 2025 di Komtar bersama pegawai Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

April 2025

Karnival dan saringan kesihatan kepada anggota yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pendidikan dan Latihan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah diadakan pada 20 April 2025 bertempat di Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Solok Rajawali 8, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Mac 2025

Sesi tazkirah dhuha oleh ustaz Abu Ubaidah  telah diadakan pada 26 Mac 2025, bertempat di bilik seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Mac 2025

SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA BEKAS PENGURUS PEMBANGUNAN HARTANAH DAN PROJEK S P SETIA BERHAD (ANJURAN IKMA)
Sesi perkongsian pengalaman bersama bekas pengurus pembangunan hartanah dan projek SP Setia Berhad (anjuran IKMA) telah diadakan pada 19 Mac 2025, bertempat di bilik seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Mac 2025

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA ASNAF
Sumbangan Zakat Perniagaan kepada asnaf yang telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari . Majlis telah diadakan pada 06 Mac 2025, bertempat di bilik seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Mac 2025

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI KEPADA WAKIL MASJID, SURAU DAN SEKOLAH

Sumbangan Zakat Perniagaan kepada wakil Masjid, Surau dan Sekolah yang telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari . Majlis telah diadakan pada 05 Mac 2025, bertempat di bilik seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

JANUARI 2025

MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA SUMBANGAN KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA SEBANYAK RM3,157,154.83 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) UNTUK PEMBESARAN MASJID AL-HIDAYAH BAYAN LEPAS.

Majlis Penyerahan Cek Cura Sumbangan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara sebagai simbolik sumbangan sebanyak RM3,157,154.83 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk pembesaran Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Sdn. Bhd. kepada Encik Shahril bin Shahrom, Ketua Unit Pentadbiran Tanah, MAINPP mewakili Setiausaha MAINPP dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang/ ADUN Bayan Lepas dan Tuan Haji Ahmad Murshid bin Haji Mansor Pengerusi Kariah Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas.

Daftarkan e-mel anda untuk menerima risalah terkini.
Pejabat
Copyright © 2025, All rights reserved Koperasi TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Tarikh di kemaskini :
27 May 2025
Malay
English