YAB Encik Ghafar bin Baba yang ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah memainkan peranan penting dalam perundingan antara Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memilih kawasan Sungai Nibong sehingga Bayan Lepas untuk dirancang pembangunan sebagai kawasan perindustrian dan bandar baru telah merubah segala-galanya.
Nilai-nilai tanah di kawasan ini turut meningkat dengan wujud perancangan di atas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berminat untuk membeli tanah-tanah tersebut daripada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
Pada 14 Disember 1972, suatu perjanjian jual beli telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad di mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli tanah seluas 260 ekar daripada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
Kesemua hutang Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diselesaikan dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad turut menerima wang tunai berjumlah RM806,000.00 hasil daripada urus niaga tersebut. Dengan penjualan tersebut, Koperasi masih memiliki baki tanah seluas 747 ekar, manakala jumlah ahli tetapnya adalah seramai 1,334 orang yang terdiri daripada :
Melayu : 71.41%
Cina : 25.97%
India : 2.62%