Komunikasi dan transaksi elektronik merupakan komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad(KTMSAB). Namun, kebaikan transaksi online juga boleh menimbulkan risiko penipuan, misalnya individu-individu yang menipu pembayar cukai dengan mengaku diri sebagai wakil yang dilantilk oleh KTMSAB untuk mendapatkan maklumat tertentu atau menuntut bayaran cukai melalui e-mel.
KTMSAB , sama seperti semua pembekal perkhidmatan online yang lain, sentiasa komited untuk menjamin keselamatan aktiviti online anda walaubagaimanapun anda harus waspada.
Kaedah yang digunakan oleh individu-individu di atas untuk memperoleh maklumat yang mereka inginkan selalu berubah, oleh itu KTMSAB akan mengumumkan jenis-jenis penipuan yang dikenalpasti dari masa ke masa. Risiko utama melibatkan tuntutan bayaran cukai pendapatan palsu melalui e-mel. KTMSAB sentiasa memantau sistem dan mengawal rekod pelanggan dari sebarang akitiviti penipuan.
Sila pastikan ID pengguna dan kata laluan yang anda gunakan ketika mengakses sistem KTMSAB disimpan dengan selamat. Sebarang kegiatan yang mencurigakan harus dilaporkan kepada KTMSAB dengan segera.
126, Jalan Dato Ismail Hashim, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
mail@tunasmuda.com.my
+604 6438515
Copyright © 2025, All rights reserved Koperasi Tunas Muda.
Tarikh Akhir Kemaskini : 13 Jun 2025
PENAFIAN : Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Tarikh Akhir Kemaskini : 8 July 2025
PENAFIAN : Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Tunas Muda website by Unit IT