BERITA PERISTIWA

2025

Majlis Penerangan Anggota telah diadakan pada 15 Jun 2025 di Dewan Sri Mutiara, Raia Inn Penang. Objektif utama majlis ini diadakan bertujuan memberi penerangan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 51 kepada Anggota.

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad(KTMSAB) telah mengadakan Kursus Wajib Anggota Baharu 2025 pada Ahad, 18 Mei 2025. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi KTMSAB, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, barisan pengurusan koperasi, serta Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Utara, Puan Hajah Yusnita binti Othman.

Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah menganjurkan Majlis Jamuan Ramah Mesra Bersama Anggota pada Sabtu, 17 Mei 2025.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan KTMSAB.

Menerima kunjungan hormat dari Kem Sungai Ara yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohamad Aziz Bin Ahmad Azhar pada 15 Mei 2025 dan turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB), Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan KTMSAB.

Majlis pertemuan dengan Dato Bandar pada 25 April 2025 di Komtar bersama pegawai Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

Majlis perasmian Klinik Kesihatan Relau telah diadakan pada 2 Mei 2025 dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad(KTMSAB) , Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Jalil, bersama barisan pihak pengurusan KTMSAB.

Sesi tazkirah Dhuha oleh Ustaz Ubaidah telah diadakan pada 26 Mac 2025, bertempat di Bilik Seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB)

Sesi perkongsian pengalaman bersama bekas pengurusan pembangunan hartanah dan projek SP Setia Berhad telah diadakan pada 19 Mac 2025, bertempat di bilik seminar, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Sekitar Program Agama Kuliah Dhuha 14 March 2025 Oleh Ustaz Ahmad Jailani Bin Abdul Ghani Yang Berlangsung Di Bilik Seminar Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.

Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Disampaikan Oleh Pengerusi Tn. Haji Ustaz Suhaimi Abdul Jalil , Setiausaha En. Zulkefle Ahmad, Bendahari En. Mohd. Nagib Ahmad dan Barisan Lembaga Kepada Golongan Asnaf Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Pulau Pinang Pada 06 March 2025.

Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Disampaikan Oleh Pengerusi Tn. Haji Ustaz Suhaimi Abdul Jalil , Setiausaha En. Zulkefle Ahmad Dan Bendahari En. Mohd. Nagib Ahmad Serta Barisan Pengurusan Kepada Wakil-wakil Masjid, Surau Dan Sekolah Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Pulau Pinang Pada 05 March 2025.

𝟬𝟯 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 – Sekitar gambar Majlis Penyerahan Cek Cura (Mock Cheque) sebanyak RM3, 157,154.83 (Tiga Juta Satu Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Satu Ratus Lima Puluh Empat dan Lapan Puluh Tiga Sen Sahaja) bagi Dana Pembesaran Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas, Pulau Pinang

LATAR BELAKANG

Koperasi ini terdiri daripada 1,334 orang Anggota.

Sumber-sumber Kewangan Koperasi

Adalah seperti yang diperbekalkan di bawah Undang-Undang Kecil 22, maka kumpulan wang Koperasi ini hendaklah mengandungi :-

  • Bayaran masuk;
  • Wang-wang pertaruhan daripada anggota-anggota dan bukan anggota;
  • Pinjaman-pinjaman;
  • Kumpulan wang cadang berkanun;
  • Pemberian dan derma-derma; dan
  • Lain-lain kumpulan wang yang dipersetujui oleh Ketua Pendaftar.

MODAL SYER ANGGOTA

Modal Syer Anggota

  • Pada 30 Jun 2023, jumlah modal syer yang terkumpul ialah RM11,796,613.21​

 

Tahun Kewangan Koperasi

  • Bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember..

 

Akaun Terakhir

  • Akaun Koperasi yang telah diaudit dan perlu disahkan dalam Mesyuarat Agung adalah untuk tahun berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

 

Pengelolaan Koperasi

Terserah kepada Lembaga Koperasi yang terdiri daripada 12 orang anggota.

Keahlian Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad telah ditutup sejak tahun 1970. Tiada keahlian baru dibuka.