DALAM DILEMA
Koperasi telah mengadakan perundingan dengan N.T.S Arumugam Pillai dan berjaya membeli sebahagian daripada tanah-tanah tersebut iaitu seluas 1,007 ekar dengan harga RM2,156,000.00.
Sokongan yang kuat diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 daripada Kerajaan Pusat dan RM1,100,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bakinya sejumlah RM56,000.00 perlu disediakan oleh Koperasi sendiri dalam tempoh masa dua (2) minggu.
Lembaga Pengarah dan ahli-ahli terpaksa bertungkus lumus untuk mencari wang sebanyak itu. Usaha ini sangat rumit kerana kebanyakkan anggota terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Sesetengahnya pula kurang berkeyakinan dengan cara berkoperasi yang menyebabkan kesukaran untuk mendapat anggota serta sumbangan daripada penduduk-penduduk.
Koperasi bersyukur kerana dapat mencukupkan bayaran berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
126, Jalan Dato Ismail Hashim, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
mail@tunasmuda.com.my
+604 6438515
Copyright © 2025, All rights reserved Koperasi Tunas Muda.
Tarikh Akhir Kemaskini : 13 Jun 2025
PENAFIAN : Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Tarikh Akhir Kemaskini : 8 July 2025
PENAFIAN : Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Tunas Muda website by Unit IT